Thursday, 18 April 2013

Assalammualaikum.....
Lama betul rasanya saya tak menulis di ruangan ini.......
Ini semua akibat kesibukan ngan anak-anak yang semakin membesar dan semakin banyak aktivitinya.......
So hari ini baru ada kesempatan untuk saya kembali menulis. Wah sewaktu menghantar anak kesekolah hari ini pandangan mata ini dihiasi dgn berbagai bendara....hihihi ada yang biru putih, yang hijau putih, yang biru merah, yang gambar roket dan sebagainya...... meriah sungguh. Apa-apa pun kita kena bijak memilih.... Pilihlah pemimpin yang boleh berkhidmat untuk kita......... well jgn lupa keluar mengundi 5/5/2013 nanti...

Well cukup dulu cerita pasal pilihanraya.....
Sejak tiga minggu kebelakangan ini mmg menduga mentaliti diri ini. Berbagai peristwa terjadi...hihhihi, bila difikir-fikirkan ada gembira dan airmata. Kesibukan bertambah dgn aktiviti baru anak-anak. Betul kata-kata Baginda Rasullullah.... untuk mendidik anak berdisplin ajari lah mereka berkuda, memanah dan berenang.Alhamdulillah satu dari sunnahnya telah saya dan suami laksanakan, besar sunggh perubahannya. Dua permata hati kami kini lebih fokus, lebih mendengar kata walaupun ada kalanya sedikit degil.....

Apapun usaha kami untuk melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat akan sentiasa berterusan, doa kami tak pernah putus........... semoga segala usaha saya dan suami akan beroleh keberhasilan....
Terima kasih kepada semua kakitangan Denai Alam Recreation & Riding Club www.darc.com.my

No comments:

Post a Comment