Sesungguhnya Allah menjadikan insan berbeza-beza tidak kira dalam bentuk fizikal atau warna kulit....
Oleh itu janganlah menjadikan perbezaan itu sebagai halangan untuk kita sama-sama berjalan di muka bumiNya kerana dengan adanya perbezaan itu menjadikan kita terlalu istimewa....saling melengkapi antara satu sama lain....
Blog ini saya wujudkan bukan untuk sekadar saling berkongsi resepi masakan tetapi juga untuk saling berkongsi resepi hidup....
Melalui pengalaman yang saya kutip dalam perjalanan kehidupan ini sebenarnya saya amat bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan insan-insan yang terlalu istimewa....yang mempunyai banyak kekurangan dari segi fizikal tetapi punya hati yang kuat dan tabah......
Bagaikan memberi satu suntikan semangat melihat kejayaan-kejayaan beliau.... Along Azila @ http://alongazila.blogspot.com..... walaupun bergelar OKU Along bukan seorang yang lemah kekurangannya menjadikan dia terlalu istimewa...
Terima kasih Along....
dirimu menjadi sumber inspirasiku..... menjadi sebahagian dari hidup Along adalah salah satu yang terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya......
Teman-teman dan sahabat-sahabat yang dikasihi diluar sana, saya dengan rendah hati memohon jangan abaikan warga-warga OKU diluar sana...dampingi mereka kita akan rasa betapa payahnya hidup mereka. Jadikanlah diri kita sebagai pembakar semangat buat mereka....ubah persepsi kita OKU bukan minta dibantu tetapi disokong dan dibimbing....kerana mereka juga dapat membimbing kita
Jangan BERIKAN ikan pada mereka, tetapi BERIKANLAH mereka SEBATANG PANCING......
***SHARING IS CARING, GIVING IS LIVING***

No comments:
Post a Comment